Secara asasnya Google Adsense adalah sejenis iklan yang disediakan oleh Google di mana mereka berkongsi pendapatan mereka dengan webmaster atau pemilik laman web yang meletak iklan Adsense di laman mereka. Google akan membayar setiap klik yang membawa trafik kepada pelanggan mereka. Dengan kata lain, Google membayar jika ada pelawat laman web anda klik pada iklan Google Adsense yang dipaparkan.
Jangan keliru dengan Google Adword dimana ia adalah untuk pengiklan. Mereka akan membayar setiap trafik yang dibawa ke laman web mereka melalui Google Adsense.
Dengan hanya meletakkan iklan-iklan Google Adsense ini di laman web anda, anda akan mendapat wang apabila pengunjung laman web anda klik pada iklan itu. Lebih banyak klik yang anda dapat, lebih banyak duit yang anda dapat.
Adsense disediakan agar senang dibaca, ia berdasarkan text, tidak menggangu pelawat laman web anda dan tidak menenggelamkan apa yang ingin sampaikan di laman web anda. Mungkin anda pernah melihatnya dan pernah klik pada Adsense tersebut dan tanpa disedari pemilik laman web mendapat duit dari klik yang anda buat.
Tapi anda DI LARANG sama sekali untuk klik pada iklan Adsense di laman web anda sendiri! Berfikirlah secara rasional dan jangan tamak. Google mempunyai perisian @ tools yang cukup canggih, mereka boleh mengetahui dari mana klik itu datang dan boleh mengesan jika anda klik pada iklan anda sendiri. Jika anda terfikir untuk membuat pakatan dengan rakan lain untuk klik iklan sesama sendiri, LUPAKAN saja! Google tetap dapat mengesannya! Akaun anda akan ditutup dan anda tidak akan boleh lagi mendaftar untuk membuka akaun Adsense yang lain sekiranya anda telah dikesan melakukan penipuan sebegini.
Anda boleh meletakkan kod Adsense di setiap mukasurat laman web anda. Google akan tentukan iklan yang akan keluar pada laman anda. Ia akan berdasarkan apa yang anda sampaikan di laman web anda. Jika anda mempunyai laman web berkenaan kereta atau insuran, iklan berkaitan kereta atau insuran itu sahaja yang akan keluar. Google hanya akan memaparkan iklan yang berkaitan dengan isi laman web anda.
Selain itu, anda boleh meletakkan fungsi carian Google di laman web anda. Sekiranya pelawat menggunakannya untuk mencari maklumat dan klik pada hasil carian itu, anda turut akan mendapat wang. Anda boleh menentukan bagaimana paparan untuk hasil carian itu, semuanya boleh dilakukan dengan mudah.
Satu lagi peluang mendapat wang menggunakan Google Adsense ialah dengan menggalakkan pelawat laman web anda memuat turun sesuatu program atau perisian seperti Mozilla Firefox. Ini dikenali sebagai referer. Setiap kali pelawat klik pada iklan berkaitan dan memuat turun serta menggunakan perisian itu, anda akan turut mendapat wang.
Berapa banyak yang akan anda dapat?
Anda akan dibayar dari $0.01 sehingga $50 bagi setiap klik. Ia bergantung kepada keyword tertentu. Lagi tinggi pengiklan bid untuk klik iklan/laman web mereka, lagi tinggi anda dapat. Lagi tinggi nilai keyword tersebut, lagi tebal poket anda!!
Bagaimana Google bayar?
Google akan bayar setelah akaun Adsense anda mencapai jumlah minimum $100 (US Dollar). Jika wang dalam akaun anda masih tidak sampai $100, ia akan dibawa ke bulan seterusnya. Jadi jangan risau, anda tidak akan kehilangan wang anda jika anda jujur dengan Adsense. Anda akan kehilangan wang tersebut jika anda melanggar syarat dan terma Google.
Ini adalah antara sebab anda boleh di "ban" oleh Google:
1. Klik pada iklan sendiri.
2. Mengubah kod Adsense.
3. Menyuruh orang klik iklan kita.
4. Meletakkan iklan pada laman web yang melanggar peraturan Google Adsense seperti
memaparkan iklan Adsense di laman web lucah, berunsur perkauman, perjudian dan
banyak lagi.
5. Kalau Google hubungi anda, segera membalasnya. Biasanya jika anda melanggar TOS
atau mereka merasa ragu-ragu tentang akaun anda, mereka akan hubungi anda.
6. Mengunakan Popup, Active X Installation, Warez atau Scripts.
7. Meletakkan iklan Adsense bersama iklan pengiklan lain seperti Yahoo dan sebagainya.
p/s:sebenarnya aku buat benda ni bkn apa..utk bacaan sndr..sbb aku pun masih baru lg dlm bab2 ni suma..tp yg pastinya mmg best klu join benda ni..benda ni bknnya satu skim cpt kaya..tp membantu ahli perniagaan lain utk mempromosikan brng mrk..ada paham ka??klu ada yg berminat leh la involve..yg penting..usaha tu mst ada..benda ni kena usaha..klu tak..duit tu tak dtng bergolek mcm tu je..mmg ada yg ckp benda ni mcm tipu jer..klu nak tahu..agak ssh klu kita tak dpt tarik perhatian org ke blog kita tau..mcm mn nak kasi org klik iklan klu blog kita takde org kunjung..jd..datang2 lah blog aku nih..buat masa ni takde iklan lg la..nnt2 la aku buh..hahaha
klu nak tau mcm mn nak guna google adsense tu..korang leh tgk kat website ni k...mngkin leh dwnload mcm mn nak manfaatkan cara penggunaan google adsense tuh..
http://www.7HariMahirAdsense.com/